Manja Homestay terletak di Kampung Batu Gajah, iaitu sebuah perkampungan tradisional melayu yang berlatarbelakangkan Gunung Raya, gunung tertinggi di Langkawi. Jarak homestay dari Jeti Kuah adalah 15km dan pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi untuk tiba ke kampung ini. Lokasi homestay ini adalah strategik kerana ia terletak berdekatan dengan banyak tempat menarik yang mampu mempesonakan hati sesiapa jua seperti Galeria Perdana, Taman Burung Langkawi, Kilim Mangrove Tour, Air Terjun Durian Perangin dan lain2.

Lokasi kami di atas peta Langkawi

Selain itu, terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, dokong, manggis dan cempedak ditanam di sekitar kampung ini dan ditepinya pula terdapat sebatang anak sungai yang mengalir jernih. Sekiranya anda datang semasa musim buah-buahan (bulan Jun @ Julai), anda dapat merasakan kemeriahan suasana bersantai di kebun sambil memakan buah-buahan segar. Selain itu, buluh manis dan buluh madu turut ditanam di sekitar kawasan ini dan pernah mendapat liputan TV1 (8 Disember 2009 dalam program Salam Desa, Selamat Pagi Malaysia).

Suasana desa yang indah dan permai. Pohon-pohon menghijau menghasilkan udara segar


Suasana ceria semasa berkelah di kebun buah2an


Sungai yang mengalir jernih menambahkan keceriaan percutian


Salam Desa dalam Selamat Pagi Malaysia, TV1

Semestinya lawatan anda ke sini akan mendapat kepuasan yang setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

0 comments:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pakcik Manas 019-5755789 atau 04-9592387. Ataupun emelkan ke manas.long@gmail.com