Langkawi merupakan destinasi percutian yang sangat indah dan mesti dilawati oleh setiap penduduk Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di sekitar pulau yang terkenal dengan sejarah Mahsuri ini. Tidak puas rasanya jika datang bercuti untuk sehari dua sahaja kerana anda pasti tidak sempat melawat semua tempat menarik itu. Memang tidak dinafikan, harga penginapan di hotel dan chalet adalah agak mahal, mencecah beratus ringgit untuk semalam. Namun kini anda mempunyai satu lagi pilihan iaitu HOMESTAY. Istilah homestay bermaksud "a stay at a residence by a traveler who is hosted by a local family". Atau dalam bahasa ibunda kita "penginapan di rumah bersama tuan rumah". Kualiti rumah homestay adalah terjamin kerana sebelum sesebuah rumah itu mendapat lesen homestay, tuan rumah tersebut perlu menjalani kursus dan penilaian dari pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.



0 comments:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pakcik Manas 019-5755789 atau 04-9592387. Ataupun emelkan ke manas.long@gmail.com