Terima kasih di atas sokongan dan tempahan serta cadangan yang diberikan oleh penginap Manja Homestay sebelum ini. Atas permintaan ramai, penambahbaikan homestay telah dilakukan pada minggu ini di mana penghawa dingin telah dipasang di dalam bilik untuk pakej 2. Selepas ini, pasti pengunjung bertambah selesa dan rasa seronok untuk menyewa di sini.

Mengenai harga, tidak perlu dirisaukan kerana ia masih kekal RM180 semalam walaupun setelah dipasang penghawa dingin. Oleh itu, cepatlah tempah sekiranya anda berminat.
Terdapat beberapa lokasi menarik yang terletak berdekatan dengan kawasan Manja Homestay. Antaranya ialah:

1) Taman Burung Langkawi - 4km dari homestay


2) Galeria Perdana – 3km dari homestay


3)Kilim Geopark; Geopark Tour, Mangrove Tour & Eagle Feeding – 2km dari homestay






4) Gua Kelawar – 3km dari homestay, berdekatan dengan jeti untuk Mangrove Tour


5) Air Terjun Durian Perangin – 2km dari homestay


6) Telaga Ayer Hangat – 3km dari homestay


7) Pantai Pasir Hitam – 5km dari homestay



8) Pantai Tanjung Rhu – 6km dari homestay



Manja Homestay menawarkan 2 pakej istimewa iaitu:

1) Pakej 1: Bilik untuk 2 orang pada harga RM60 semalam. Sekiranya anda membawa anak2 kecil, RM10 tambahan dikenakan untuk setiap kepala.



2) Pakej 2: Sebuah rumah yang mempunyai 2 bilik dan ruang tamu yang besar. Tiada had dalam bilangan individu yang akan tinggal dan sangat sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga besar. Lengkap dengan TV, seterika, cerek elektrik, dapur dll. Harga pakej adalah RM180 semalam.

Pemandangan di sekitar homestay


Pemandangan dari luar


Mempunyai 2 bilik yang selesa


Katil bersaiz sederhana yang selesa dan empuk


Ruang tamu yang besar


Sekiranya anda berminat atau mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di nombor ini:

* 019-5755789
* 04-9592387

atau anda boleh menghantar emel ke manas.long@gmail.com
Manja Homestay terletak di Kampung Batu Gajah, iaitu sebuah perkampungan tradisional melayu yang berlatarbelakangkan Gunung Raya, gunung tertinggi di Langkawi. Jarak homestay dari Jeti Kuah adalah 15km dan pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi untuk tiba ke kampung ini. Lokasi homestay ini adalah strategik kerana ia terletak berdekatan dengan banyak tempat menarik yang mampu mempesonakan hati sesiapa jua seperti Galeria Perdana, Taman Burung Langkawi, Kilim Mangrove Tour, Air Terjun Durian Perangin dan lain2.

Lokasi kami di atas peta Langkawi

Selain itu, terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, dokong, manggis dan cempedak ditanam di sekitar kampung ini dan ditepinya pula terdapat sebatang anak sungai yang mengalir jernih. Sekiranya anda datang semasa musim buah-buahan (bulan Jun @ Julai), anda dapat merasakan kemeriahan suasana bersantai di kebun sambil memakan buah-buahan segar. Selain itu, buluh manis dan buluh madu turut ditanam di sekitar kawasan ini dan pernah mendapat liputan TV1 (8 Disember 2009 dalam program Salam Desa, Selamat Pagi Malaysia).

Suasana desa yang indah dan permai. Pohon-pohon menghijau menghasilkan udara segar


Suasana ceria semasa berkelah di kebun buah2an


Sungai yang mengalir jernih menambahkan keceriaan percutian


Salam Desa dalam Selamat Pagi Malaysia, TV1

Semestinya lawatan anda ke sini akan mendapat kepuasan yang setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
Langkawi merupakan destinasi percutian yang sangat indah dan mesti dilawati oleh setiap penduduk Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di sekitar pulau yang terkenal dengan sejarah Mahsuri ini. Tidak puas rasanya jika datang bercuti untuk sehari dua sahaja kerana anda pasti tidak sempat melawat semua tempat menarik itu. Memang tidak dinafikan, harga penginapan di hotel dan chalet adalah agak mahal, mencecah beratus ringgit untuk semalam. Namun kini anda mempunyai satu lagi pilihan iaitu HOMESTAY. Istilah homestay bermaksud "a stay at a residence by a traveler who is hosted by a local family". Atau dalam bahasa ibunda kita "penginapan di rumah bersama tuan rumah". Kualiti rumah homestay adalah terjamin kerana sebelum sesebuah rumah itu mendapat lesen homestay, tuan rumah tersebut perlu menjalani kursus dan penilaian dari pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.



Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pakcik Manas 019-5755789 atau 04-9592387. Ataupun emelkan ke manas.long@gmail.com