Lokasi kami di atas peta LangkawiSelain itu, terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti rambutan, dokong, manggis dan cempedak ditanam di sekitar kampung ini dan ditepinya pula terdapat sebatang anak sungai yang mengalir jernih. Sekiranya anda datang semasa musim buah-buahan (bulan Jun @ Julai), anda dapat merasakan kemeriahan suasana bersantai di kebun sambil memakan buah-buahan segar. Selain itu, buluh manis dan buluh madu turut ditanam di sekitar kawasan ini dan pernah mendapat liputan TV1 (8 Disember 2009 dalam program Salam Desa, Selamat Pagi Malaysia).
Suasana desa yang indah dan permai. Pohon-pohon menghijau menghasilkan udara segar
Salam Desa dalam Selamat Pagi Malaysia, TV1Semestinya lawatan anda ke sini akan mendapat kepuasan yang setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
0 comments:
Post a Comment